“Ini kerja khianat manusia…” – Kejam! Semua arnab peliharaan dibunuh & telinga dipotong

Manusia semakin hari bagaikan sudah hilang rasa ihsan, sepatutnya sebagai khalifah di muka bumi ini kita bertanggungjawab memelihara dan menjaga makhluk lain.

Namun, lain pula jadinya apabila manusia sendiri menjadi ancaman dan berlaku kejam terhadap haiwan, begitulah nasib yang menimpa beberapa ekor arnab dan ayam yang dibunuh oleh individu tidak bertanggungjawab.

Semua arnab mati dibunuh…

Dalam satu perkongsian di Facebook seorang guru bernama Eykin Kassim, meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat kandang ayam dan arnab yang dibina di kawasan kebun kecil berhampiran tadika telah diceroboh.

Posted by Eykin Kassim on Wednesday, July 10, 2019

Telinga arnab pun kena potong…

Dapat dilihat, habis kesemua arnab dan ayam serama mati dibunuh, dan lebih kejam lagi pelaku tersebut tergamak memotong telinga beberapa ekor arnab yang mati itu.

“Sekor dah hilang entah kemana tinggal telinga ja terpotong, sekali pun ada salah kami, bawa bertanya dan bincang janganlah lepaskan marah pada haiwan yang tak berdosa…”

Ini kerja manusia hati kejam…

Menurut guru tersebut, mustahil jika perbuatan itu adalah angkara haiwan liar kerana pagar kandang tersebut telah ditutup rapi dan siap berkunci.

“Inilah perbuatan manusia berhati binatang, haiwan yang tiada dosa jadi mangsa…”

Perbuatan khianat, semoga dapat balasan dari Allah

Posting yang dibuat itu sudah mula tular di media sosial, rata-ratanya geram dan sedih melihat haiwan comel yang tidak berdosa diseksa dengan kejam sekali.

Sumber : Eykin Kassim

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here