“Kalau hormat saya, kenapa keluarkan juga lagu ini?” – Dayana dedah Naim tidak jujur

Ibu Dayana, Aida Daud sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan meluahkan perasaan terkilan dan memberi amaran kepada penyanyi Naim Daniel, supaya tidak menceritakan kisah percintaan lampau bersama anak sulungnya.

Kini timbul pula isu baru, apabila ibu Dayana mendakwa lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel adalah hasil ciptaan bersama Dayana dan Naim semasa mereka dalam perhubungan.

Tampil menyokong dakwaan ibu Dayana, tuan empunya badan tampil memberi penjelasan menerusi satu muat naik di laman Instagramnya.

Kenyataan spekulasi lagu Sumpah…

Menurut Dayana, tujuannya memuat naik kenyataan tersebut adalah kerana ingin memperjelaskan segalanya yang terjadi selepas beberapa spekulasi yang mula diperkatakan netizen.

Saya adalah gadis di sebalik lagu Sumpah..

Bukan ingin keruhkan lagi keadaanYa, lagu itu ciptaan kami bersama..

Menerusi kenyataan tersebut, Dayana turut menjelaskan tentang apa yang terjadi kepadanya dan Daniel serta menjawab segala tanda tanya ramai.

Saya pernah cuba hubungi dia..Kami cipta melodi dan lirik sama2, sejak tahun 2013Saya tinggalkan diri, kerana dia dah ada orang lain..

Menerusi kenyataan tersebut, Dayana menjelaskan hubungannya dengan Daniel terputus kerana Daniel sudah mempunyai kekasih hati yang lain.

“Saya pergi dan fokus pada penghijrahan saya sehinggalah saya bertunang.”

Kenyataannya bertentangan dengan kisah sebenar…Kenapa saya nak jemput seseorang yang dah hancurkan hati saya, ke majlis kahwin saya?

Walaupun begitu, selepas beberapa jam memuat naik kenyataan tersebut di Instagramnya, Dayana telah memadamkan status tersebut.

Sumber : Dayana Amerda

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here