Menggelungsur ke ‘boarding gate’? Tarikan utama di Lapangan Terbang Changi

Korang mesti pernah dengan tentang gelungsur di pintu masuk menaiki pesawat Lapangan Terbang Changi, Singapura kan?

Kepada yang tidak pernah tahu, di lapangan terbang tersebut terdapat sebuah gelungsur tinggi yang akan membawa pengunjung terus ke pintu masuk untuk menaiki pesawat.

Gelungsur tersebut atau boarding gate slide telah dibuka pada tahun 2017, dan telah mendapat sambutan dari para pengunjung, namun sejak akhir-akhir ini ia kembali mendapat nama setelah satu video mengenainya tular di media sosial.

Video yang dimuat naik tersebut menunjukkan seorang lelaki yang bernama Yusul El-Eskary menuruni gelungsur tersebut di Terminal 4 telah dikongsi laman facebook UNILAD Adventure dan mendapat respon yang sangat menarik dan membawa keterujaan para netizen.

Dalam video itu, lelaki yang berumur 28 tahun tersebut dilihat mengimbas tiket penerbangannya di mesin bersebelahan gelungsur sebelum menaikinya.

Setelah selesai mengimbas, serta pagar keselamatan dibuka, dia bersedia untuk menaiki gelungsur tersebut yang mempunyai cermin terbuka di bahagian atas yang membenarkannya menyaksikan pemandangan yang berbeza.

Ramai yang menonton video tersebut teruja dan mendedahkan jika mereka tidak tahu menahu tentang kewujudan boarding gate slide tersebut di Lapangan Terbang, Changi.

Sumber: Coconuts Co

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here