Pelancong Rusia maut dilanggar pelancong Arab di Thailand

Jika berkunjung ke tempat-tempat peranginan di sekitar Thailand, pasti anda sudah sedia maklum dengan servis sewa motor yang boleh dikatakan bersepah-sepah di sana.

Tinggal tunjuk pasport dan juga sedikit bayaran, anda sudah boleh menunggang kenderaan tersebut bersiar-siar di kawasan itu.

Walaubagaimanapun, servis sewa motor kepada pelancong tersebut telah menimbulkan beberapa masalah yang membahayakan keselamatan serta ketenteraman masyarakat tempatan, juga kepada pelancong yang lain.

Kini, pihak polis di Pattaya memperkuatkan lagi pengawasan dan juga undang-undang kepada pelancong yang membawa motosikal tanpa memiliki lesen.

Bukan sahaja pelancong berkenaan yang menerima hukuman malah kedai-kedai yang menawarkan servis sewa motor ini juga turut boleh disaman pihak berkuasa.

Boleh dikatakan hampir setiap malam, polis akan mengadakan roadblock serta pemeriksaan di premis-premis sewa motor bagi menangkap pesalah laku ini. Ini berikutan mereka sering mendapat aduan dari penduduk setempat yang mengadu tentang kumpulan pelancong yang berbuat bising, serta bersikap biadap sewaktu menunggang motor. Perkara tersebut telah menaikkan amarah masyarakat setempat serta pelancong-pelancong yang lain.

Beberapa minggu yang lepas, seorang pelancong wanita warga Rusia maut manakala dua pelancong dari Kuwait cedera setelah terlibat dengan kemalangan bersama pelancong Arab yang sedang memandu secara berkumpulan.

Dan yang terbaru apabila, seorang pelancong Arab telah merempuh dua pelajar tempatan yang masih berpakaian sekolah sehingga mendapat kecederaan di muka dan juga kepala.

Mereka seolah-olah tidak serik akan perbuatan tersebut. Pihak polis Thailand berkata pelancong yang ingin membawa kenderaan di negara tersebut perlu memilik dokumen lesen memandu antarabangsa atau permit yang sah.

Pelaku yang didapati bersalah boleh dipenjarakan sebulan atau denda 1000 bath (RM135), atau kedua-duanya sekali. Manakala kedai yang menawarkan servis berkenaan tanpa mengikut peraturan yang betul akan dikenakan denda sehingga 2000 bath. (RM270).

Sumber: Bangkok Jack

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here