“Pro ni, tenang je dia amik rantai tu…” – Individu tak sengaja terakam kejadian ragut depan mata

Jenayah ragut sememangnya perkara yang menggerunkan terutamanya bagi kaum wanita. Sesetengah kes menjadi lebih parah kerana boleh mengakibatkan nyawa dan kecederaan parah.

Beberapa jam lepas, tersebar di Facebook mengenai sebuah video yang tidak sengaja terakam aksi kejadian meragut. Sangat mengejutkan apabila plat nombor motor dan wajah peragut itu sangat jelas kelihatan.

Tak sengaja rakam!

Kejadian tersebut dirakam oleh Imran Hakim yang berada betul-betul di tempat kejadian. Menurutnya, kejadian tersebut sememangnya tidak sengaja dirakam kerana kebetulan dia tengah buat Vlog di hadapan Kompleks Sogo.

Guys tolong viralkan guysKesian akak tu kena ragut rantai Aku tak sengaja dapat record kejadian ni time aq tengah buat vlog depan Sogo

Posted by Imran Hakim on Thursday, July 11, 2019

Boleh nampak dengan jelas!

Video itu telah dapat merakam nombor plat motor dan muka peragut berkenaan.

Boleh jadi bukti kukuh ni!

Posting ini telah mendapat perhatian hangat oleh para netizen di media sosial! Rata-rata sangat geram dan marah dengan perangut berkenaan.

Muka slumber gila!Macam dah biasa buat kerja ni.

Orang ramai disarankan untuk menularkan video ini agar penjenayah itu dapat ditangkap. Sesiapa yang mengetahui maklumat mengenai kejadiaan berkenaan, diharapkan dapat memberi kerjasama untuk meloporkan kepada pihak PDRM.

Sumber: Imran Hakim.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here