“Saya tak hargai durian…” – Setelah 30 tahun Radin era cuba makan durian, baru seulas dah muntah

Sekarang ini pergi sahaja kemana, merata-rata orang menjual durian biasalah sekarang tengah musim, jadi inilah masa yang paling terbaik buat semua ‘hantu durian’ melepaskan gian makan raja buah kegemaran mereka ini.

Namun, sebenarnya tak semua yang boleh makan durian malah sehinggakan bau durian pun ada yang tak boleh nak hidu, begitulah juga dengan penyampai radio era, Radin, yang memang tak boleh nak telan durian.

“Saya tak appreciate durian sebenarnya…”

Baru-baru ini menerusi muat naik video di Youtube radio Era, Radin bergandingan dengan ERA D’Boyz, Danial Zaini telah membuat satu cabaran untuk makan makanan yang tidak disukai mereka iaitu durian dan kerang.

Jadi mahu atau, selama 30 tahun tidak pernah makan durian akhirnya pada hari tersebut Radin terpaksa menelan juga buah tersebut, dapat diperhatikan penyampai radio itu terkulat-kulat menghabiskan seulas durian.

Tak tahan lama, terus muntah balik

Tetapi tidak lama kemudian, selepas berjaya menghabiskan seulas durian, Radin berasa loya tekak dan telah memuntahkan semula durian yang dimakannya.

Ramai jer orang Melayu tak makan durian

Rata-rata netizen pun ada yang mengakui tidak makan durian, walaupun tahu buah tersebut memang sedap namun tekak mereka memang tak boleh nak terima.

Makan seulas terus naik sakit kepalaDosa sangat ke orang yang tak boleh makan durian ni

Janganlah terkejut pula, memang ada orang yang tidak boleh nak telan durian, biasalah lain orang lain pula seleranya dan bukannya boleh dipaksa.

Sumber : Youtube Era FM & Facebook Era FM

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here