9 tahun bercinta, lepas 3 bulan nikah isteri tersayang dijemput Illahi

Jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Sang Pencipta. Siapa yang mahu kekasih hati yang baru sahaja dinikahi pergi menghadap Illahi. Namun, suratan takdir tidak dapat kita nafikan.

Cinta hingga ke hujungnya

Hal tersebut samalah seperti perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang kehilangan istri tercinta pada usia perkahwinan yang masih lagi baru. Dikenali sebagai Syahrain, pemuda tersebut pada asalnya meninggalkan komen diruangan status seorang pengguna lain yang bercerita mengenai hubungan percintaan yang diakhiri dengan perkahwinan.

Bercinta sejak sekolah

Syahrain memberitahu bahawa hubungan cintanya bersama isteri sebelum berkahwin adalah selama sembilan tahun. Walau bagaimanapun, selepas tiga bulan berumah tangga isteri tercinta meninggal dunia.

Syahrain juga sempat menceritakan kisah percintaan mereka berdua yang bermula sejak dibangku sekolah sehingga bergelar suami isteri. Thread yang dibuat oleh Syahrain ini telah mendapat ribuan perkongsian di Twitter miliknya,

So this is short story, 2010 semasa kami tingkatan 5, same school. pic.twitter.com/LIFndSjCDq

— Syahrain (@SyahrainAzri) July 13, 2019

Kanser otak tahap kritikal

Menurut Syahrain, mereka berkenalan sejak tahun 2010 dan tidak menyangka hubungan yang bertahan sehingga ke jinjang pelamin pada Mac cuma sempat merasai kemanisannya sehinnga penghujung Jun sahaja.

Menurutnya lelaki itu, isterinya telah menghidap kanser otak tahap kritikal dan terlantar dihospital untuk beberapa ketika sebelum dijemput Illahi.

View this post on Instagram

Syg, sungguh berat ujian ini, kdg saya terfikir bagaimana utk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sbg suami isteri, itu yg kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu, tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah je tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan airmata, semua perkara kita rancang dgn teliti. Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar utk menjadi suami isteri yg baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Harini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat org yg solehah kerana itu yg selayaknya utk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. #alfatihah

A post shared by Syahrain Azri (@syahrain_azri) on

Sempat beraya kali pertama bersama

Allahyarham isteri Syahrain yang dikenali sebagai Dr. Nazleatul Nadira telah menghembuskan nafas terakhir pada hari-hari terakhir bulan Syawal tempoh hari.

Salam takziah

Menerusi perkongsian pengguna pemuda tersebut di Twitter, rata-rata netizen yang membaca Thread tersebut telah berasa sebak dan meninggalkan komen kepada Syahrain. Mereka juga sempat berpesan supaya lelaki itu bersabar dan menerima dugaan tersebut dengan hti terbuka.

Doktor suka tolong orang

Semoga diletakkan dikalangan orang berimanSemoga kuat bro!

Sumber : Syahrain

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here