budak lelaki dikecam tumpang bergambar dekat kereta mewah, owner tak kisah netizen yang kecoh

Hanya kerana teruja melihat kereta idaman, seorang remaja lelaki telah mengambil gambar dan memuat naik di dalam Instagramnya.

Mengetahui kereta tersebut bukanlah miliknya, ada segelintir netizen bertindak mengecam remaja tersebut dengan kata-kata sindiran.

Orang bergambar, saya tak kisah la…

Dalam pada netizen sibuk mahu mengecam, buat pemilik kereta itu yang dikenali sebagai Marisalerose, menerusi Tweetnya, dia tidak kisah pun remaja tersebut bergambar dengan keretanya.

Janganlah kecam, dia muda lagi

Sedang netizen sibuk mahu mengecam, tetapi pemilik kereta tersebut terkejut dengan apa yang berlaku di IG remaja, baginya dia tidak pernah berniat untuk menghina.

Melihatkan teruk remaja tersebut dikecam, pemilik kereta tersebut sempat berjumpa dengan remaja berkenaan dan siap mengajak untuk bergambar bersama.

Tak payah la sampai duduk atas kereta orang tu

Ini antara kata-kata kecaman dan sindiran, yang dilemparkan netizen kepada remaja tersebut di dalam ruangan komen di Instagramnya.

Acah kaya ke? Kuat berangan…

Sumber : Aisy Haziq & Marisalerose

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here