“Bukan boleh ditegur…” – Pelajar perempuan bangga hisap vape dekat ‘bustop’

Perasan atau tidak, semakin lama keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita semakin merisaukan, lihatlah sikap mereka yang bila ditegur semakin melenting.

Terbaru, tular pula gambar sekumpulan pelajar pelajar yang beruniform sekolah, tanpa segan silu menghisap vape di sekitar kawasan awam.

Cikgu tegur nanti cikgu yang kena balik

Dapat diperhatikan pelajar perempuan tersebut mungkin dalam lingkungan 14 atau 15 tahun, dengan slumber menghisap vape di tempat menunggu bas, pasti ramai antara orang disekitar itu terkejut dengan tingkah laku pelajar tersebut.

Cikgu tegur kena saman, cikgu marah kena saman. Habis tu salah siapa kalau budak2 jadi macam nie?? Tempat open macam nie…

Posted by Gossip Warrior on Thursday, July 11, 2019

Melihatkan senario yang berlaku ini, ramai yang mula mengaitkan dengan peranan guru yang kini makin dipertikaikan sejak tular kes guru disaman dan dimarahi ibu bapa pelajar apabila anak mereka dihukum.

Biarlah, tugas cikgu ni mengajar sahaja

Rata-rata netizen meluahkan pendapat masing-masing rasa kesal dengan sikap remaja zaman sekarang yang semakin susah untuk ditegur, maka lebih baik rugi fokus pada skop kerja mereka sahaja.

Inilah akibatnya bila sikit2 nak marah cikgu

Bila di luar sekolah, ibu bapa yang main peranan

Sumber : Gossip Warrior

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here