“Kembang tekak…” – Inovasi burger durian & cheese, ramai yang tak sanggup nak makan

Sekarang ini macam-macam jenis makanan yang telah diinovasikan, ada mee campur cheese, maggi campur Milo dan yang paling terbaru pula, burger perisa durian dan cheese mozarella.

Mentang-mentang sekarang ini tengah musim durian jadi semua jenis makanan nak kena ada elemen durian, tapi burger durian pertama kita dengar, tak tahulah sama ada boleh ditekak atau tidak.

Isi durian campur cheese mozarella

Burger durian itu kini terdapat satu-satunya di sebuah kedai makanan nonhalal, bernama Ric’s Burger Joint terletak di Bayan Lepas, Penang.

Lihatlah, isi burger tersebut memang menggunakan isi durian diletakkan bersama daging dan dicampur dengan cheese mozarella dan dimakan panas-panas.

First Musang King Durian Burger in Penang – Rics Burger

Musang King Durian Burger is now a thing in Penang 😱

Posted by Penang Foodie on Wednesday, July 10, 2019

Burger durian boleh buat sakit perut

Nampaknya, burger durian kelihatan terlalu pelik buat para penggemar durian, rata-rata netizen kebanyakkannya menyifatkan ia sebagai satu resipi yang mengarut dan mengembangkan tekak.

Durian dan cheese nampak macam tak kena

Suka durian tak bukan makan dengan burger

Sumber : Penang Foodie

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here