Naim Daniel telefon mohon maaf, ibu Dayana anggap semua sudah selesai

Kontroversi lagu Sumpah dendangan Naim Daniel dilihat telah mendapat liputan meluas di media sosial selepas dia mendedahkan cerita di sebalik lagu tersebut. Video temu bualnya bersama DJ Naz telah tular sehingga individu yang dimaksudkan menerusi lagu itu tampil menjawab semua kenyataan Naim.

Dayana tampil beri kenyataan

Ternyata wanita yang dimaksudkan Naim ialah penyanyi yang pernah popular ketika kanak-kanak iaitu Dayana Amerda dan dia sendiri telah tampil menjawab setiap kenyataan dibuat oleh Naim berhubung lagu itu.

Hubungi sendiri ibu Dayana

Selepas satu demi satu kenyataan daripada pihak ‘wanita’ dalam lagu Sumpah itu tersebar, Naim dengan rendah hati telah menghubungi ibu kepada Dayana bagi memohon maaf dan mejernihkan apa yang telah berlaku.

Hal tersebut diakui sendiri oleh ibu penyanyi wanita tersebut menerusi Instagramnya Aidacdaud. Dia telah memaklumkan tindakan yang dibuat Naim dan mengucapkan terima kasih.

Harap semua sudah selesai

Sebelum ini, spekulasi mengenai wanita yang dimaksudkan oleh penyanyi lelaki itu telah dibangkitkan oleh netizen sehingga ibu kepada Dayana secara berkias di Instagram telah memberi bayangan bahawa Dayana adalah individu tersebut.

Sehubungan dengan itu, Dayana yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mengakui dan berasa terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh Naim mengenai hubungan serta hak milik lagu Sumpah itu.

Sumber : Dayana Amerda, Aidacdaud

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here