“Nampak haiwan tu nangis.” – Netizen ‘panas’ Aliff Syukri tunggang gajah di Thailand

Selepas sisi gelap aktiviti menunggang gajah di tempat pelancongan seperti di Thailand telah didedahkan ke media sosial, orang ramai sudah mulai menyedari bahawa penderitaan yang dihadapi oleh haiwan tersebut.

Umum sedia maklum bahawa gajah-gajah itu telah dipaksa membawa pelancong dan didera bagi menjinakkan haiwan tersebut agar mengikut arahan penjaga. Hal ini kerana, gajah menjadi salah satu tarikan pelancongan di negara gajah putih itu.

Ambil gambar atas gajah di Thailand

Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Dato’ Seri Aliff Syukri telah teruk dikecam netizen di Instagram selepas dia memuat naik gambar menunggang gajah semasa berada di Thailand.

Sedang bertungkus-lumus majukan perniagaan

Aliff Syukri yang sudah berada di Thailand hampir 10 hari memberitahu sedang menjalankan tugas bagi mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan olehnya. Usahawan itu juga memberitahu bakal mengeluarkan program jenis trevelog dan masakan di saluran YouTubenya.

Berhentilah naik gajah tu semua

Menjengah ke ruangan komen Aliff Syukri, terdapat pelbagai maklum balas yang diterima berhubung tindakannya menunggang gajah semasa berada di Thailand. Rata-rata warganet menzahirkan rasa tidak setuju mereka dengan aktiviti yang dilakukan oleh Aliff kerana boleh mengundang kecederaan buat haiwan tersebut.

Nilah kalau kurang membaca…

Mereka bawa gajah tu pakai sabitkan?Orang pakat boikot dia naik pulakJangan support penderaan haiwan lah dato’

Sumber : Aliff Syukri

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here