Pagi kerja Lazada, petang bawa Grab Food, lelaki gigih cari rezeki demi keluarga

Setiap orang mempunyai usaha yang pelbagai untuk meneruskan hidup. Ada yang selesa dengan melakukan satu sahaja pekerjaan kerana mendapat imbuhan yang besar. Ada juga individu yang terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung setiap tanggungjawab.

Bukan semua orang muda memilih kerja

Menerusi satu perkongsian daripada warga Twitter, seorang pemuda yang dikenali sebagai Firdausaizat telah memuat naik gambarnya dengan kapsyen pekerjaan yang dia lakukan. Hal tersebut selepas membalas satu posting mengenai gambar seorang lelaki berpakaian syarikat pos laju namun membawa grab food pada sebelah malam.

Cari rezeki halal siang malam

Firdaus memberitahu bahawa dia melakukan dua kerja dalam sehari apabila bekerja disyarikat penghantaran lazada pada sebelah pagi dan seusai pekerjaannya, dia membawa grab food disebelah petang.

Muat naik itu telah mendapat ribuan RT dan maklum balas daripada netizen yang kagum dengan semangat Firdaus bekerja mencari rezeki.

Dah berkahwin anak seorang

Pemuda tersebut yang sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dilihat begitu begitu bersungguh bagi menampung kehidupan bersama keluarga. Ternyata kesungguhannya dalam mencari pendapatan dipuji warganet.

Jaga juga kesihatan tuu

Rata-rata netzen telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai di Twitter mengenai perkongsian pemuda itu. Mereka turut mendoakan usaha dan kegigihan Firdaus terbayar dan semoga urusannya dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan broLelaki macam ni la perempuan nak

Sumber : Firdusaizat

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here