Pilot senior sanggup turun ‘pangkat’ demi nak bawa pesawat dengan anak2

Bekerja dalam satu bidang dengan ahli keluarga lain merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Hal ini kerana apabila ingin bersembang, sudah pasti topik yang dibualkan ‘sekepala’ dengan teman bicara.

Bawa pesawat dengan ayah sendiri

Namun begitu, jika dapat bekerja bersama-sama ahli keluarga sendiri sudah pasti ia lebih menyeronokkan. Hak tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang juga merupakan seorang juruterbang. Dikenali sebagai Safia Anisa, dia telah menberitahu bahawa pernah mengelola pesawat bersama ayah dan juga saudara perempuannya.

Berhenti kerja tempat lama sebab nak fly dengan anak

Tambahnya lagi, ayahnya sanggup berhenti kerja di syarikat penerbangan lain untuk berkhidmat bersama kedua-dua anaknya. Ayahnya juga sanggup kembali menjadi ‘junior’ di syarikat penerbangan tersebut sedangkan pernah bertugas selama 40 tahun di syarikat sebelumnya.

Mesti masa dalam pesawat panggil abah je…

Muat naik yang dibuat oleh Safia Anisa ini telah menarik perhatian warganet sehingga mencapai 39k RT di Twitter. Rata-rata berasa kagum dengan kisah sweet gadis tersebut bersama bapanya. Mereka juga sempat mendoakan agar urusan keluarga juruterbang ini terus dilimpahi kebahagiaan.

Abah awak seorang yang sangat baik!
Hebat! Satu keluarga pilot

Sumber : Safia Anisa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here