Dua adik maut dalam kebakaran, abang mohon titipkan al-Fatihah

Bukan seorang, tetapi dua nyawa sekaligus yang meninggal dunia dalam kebakaran sehingga memusnahkan kediaman sebuah keluarga di Kampung Endah, Banting awal pagi tadi.

Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair dan Nur Ain Sumayyah, kedua-dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun yang tinggal berdua terperangkap dalam kediaman tersebut.

Menurut laporan berita, ibu bapa mereka keluar menyediakan makanan bagi anggota bomba yang terlibat dalam memadamkan kebakaran kilang kimia di Pelabuhan Klang malam tadi.

Abang kepada mangsa, Iman Muqriz turut memaklumkan perkara itu di Instastory yang memohon orang ramai agar menitipkan al-Fatihah untuk adik-adiknya.

Semoga diorang tenang kat sana. Amin!

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata mayat, kedua-dua remaja terbabit ditemui di dalam rumah mereka yang hangus dijilat api.

Punca kebakaran masih disiasat dan mayat kedua-dua beradik itu dihantar ke Hospital Banting bagi melakukan proses bedah siasat.

Sumber : BH Online , Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here