Dulu pelajar cemerlang 7A, kini hanya terlantar atas katil hospital

Siapa sangka tahun lalu dia merupakan seorang pelajar cemerlang apabila memperoleh keputusan 7A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), namun kini Muhammad Iskandar Izani hanya terlantar di atas katil.

Remaja berusia 16 tahun itu disahkan menghidap kanser otak tahap empat dan baru sahaja menjalani rawatan kimoterapi yang pertama di Hospital Kuala Lumpur.

Memandangkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar itu menetap di Kuantan, difahamkan keluarga Iskandar memerlukan bantuan pembiayaan kos rawatan dan ulang alik ke hospital.

“Iskandar terbaring tidur di atas katil hospital yang disewa dari sebuah farmasi ketika kami menziarahinya.

“Feeding tube sudah dipasang masuk melalui hidungnya, menandakan dia tidak boleh makan secara biasa,” tulis posting di laman Facebook Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser.

Semalam Pengerusi PESONA, Puan Wan Shahriza dan beberapa orang ahli exco menziarahi adik Muhammad Iskandar Izani, 16…

Posted by Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona on Monday, July 8, 2019

Kisah remaja itu mendapat simpati dan keprihatianan ramai yang rata-rata mendoakan agar Iskandar diberi kesembuhan dan terus kuat serta tabah menghadapi ujian tersebut.

Ya Allah, angkatlah penyakit adik kami!

Semoga cepat sembuhSemoga ramai membantu
Terus kuat melawan penyakit!Bantu kawan saya!

Dengan Nama Allah Maha Pengasih dan Penyayang, saya dengan rendah hati memohon pertolongan semua untuk membantu kawan saya, Muhammad Iskandar Bin Izani, pelajar tingkatan 4 yang sedang menghidap Barah Otak Stage 4 . pic.twitter.com/HuziV5Xf14

— naaylii (@nayli25athilah) July 4, 2019

Bagi sesiapa yang ingin ringankan beban…

Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga Iskandar untuk membeli barang keperluan Iskandar .

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun

0600141000022385 (BSN)
SARIFAH ROBIAH BINTI IBRAHIM (Mak Iskandar) pic.twitter.com/oXb5PSMmAP

— naaylii (@nayli25athilah) July 4, 2019

Sumber : Pesona , naaylii

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here