‘Fresh grad’ tak kisah jadi badut sementara tunggu kerja tetap

Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan sejurus tamat belajar dalam bidang yang diceburi. Perkara ini sememangnya dibelanggu oleh penuntut, belum lagi bersaing dengan graduan lain!

Sementara menunggu peluang sesuai, kenapa tidak mencari kerja yang boleh mengisi masa lapang sekaligus menjana pendapatan. Ini dilakukan seorang pemuda yang memilih untuk menjadi badut.

“Fresh grad macam aku belum dapat kerja…”

Pemuda dikenali sebagai Azmil ini berkongsi di laman Twitter, menyatakan bahawa dia melakukan perkara tersebut kerana masih menunggu peluang pekerjaan yang tetap.

Guys kalau korang boleh tolong sedekahkn rt untuk rezeki aku 😊 untuk fresh graduate mcm aku yg belom dpt kerja tetap ni ini kerja yg aku buat utk masa sekarang. Macam2 package ada untuk semua event dan service2 lain. Tengah usaha cari duit 😂. pic.twitter.com/MapR0yq9Bi

— MurahRezekiMil (@MurahRezekiMiL) July 11, 2019

Tak semua orang mampu!

Usaha pemuda berusia 24 tahun ini wajar dipuji kerana tidak semua orang sanggup melaksanakan kerja diluar bidang yang pernah mereka pelajari.

Jelasnya lagi, niat utama untuk mencari pendapatan sendiri selepas tamat pengajian adalah demi membantu keluarganya!

Tak malu pun weh!

Walaupun hanya menjadi seorang badut, Azmil tidak segan silu untuk memberitahu pekerjaannya dan melakukan promosi di media sosial.

Wajar dipuji dan dicontohi
Mula dari bawah dulu!Usaha yang bagus!Jangan memilih kerja!

Bagi graduan yang masih menunggu panggilan kerja tu, wajar jadikan usaha Azmil ini sebagai satu inspirasi. Sekurang-kurangnya tak menyusahkan ibu bapa dan mempunyai pendapatan sendiri.

Sumber : Azmil

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here