Risau terkena hujan lebat, ibu kucing lindungi anak2 guna badan

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain. Namun bukan sahaja dalam kalangan manusia, binatang dan haiwan juga mempunyai sifat saling sayang menyayangi.

Itu dapat dilihat apabila seekor ibu kucing di Kyushu, Jepan cuba memberi perlindungan terbaik untuk anak-anaknya daripada terkena hujan lebat.

Ditambah pula musim hujan telah melanda Kyushu, Jepun baru-baru ini menyebabkan ramai penduduk kehilangan kediaman masing-masing apatah lagi haiwan yang mencari tempat untuk berteduh.

Menerusi laman Twitter, Babariku memuat naik beberapa keping gambar yang kelihatan ibu kucing tersebut melindungi dengan memeluk dua ekor anaknya berdekatan sebuah motosikal.

仕方なく学校行こうと思って外でたら豪雨の中必死に子を守ってた pic.twitter.com/iUVbrdQHp0

— ババリク (@yLOedElQfsyMXmK) July 3, 2019

Perkongsian itu menjadi fenomena di Twitter dengan diulang kicau lebih 180,000 kali dan mendapat hampir 785,000 tanda suka warganet.

Rata-rata meluahkan perasaan terharu setelah melihat kasih sayang ibu yang tidak ternilai itu dan berharap supaya anak kucingnya membesar dengan sihat.

Memang ‘mahal’ gambar ni kan! Rasa nak bawa semua kucing tu balik rumah & jaga mereka dengan selamat.

Sumber : Babariku

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here