Gara-gara bubble tea, gadis disahkan maut akibat tercekik

Gara-gara bubble tea, seorang wanita di China disahkan meninggal dunia akibat tercekik pearl boba tea yang diminumnya.

Gadis tersebut yang berusia 19 tahun bersama abangnya, telah membeli minuman bubble tea tersebut sewaktu dalam perjalanan ke rumah rakan.

Alami sesak nafas, kurang oksigen

Walaubagaimanapun, sejurus sampai di rumah rakannya, gadis malang itu mengalami sesak nafas dan tangannya telah bertukar hitam akibat kekurangan oksigen.

Dia dikejarkan terus ke hospital untuk menerima rawatan lanjut setelah pengsan, namun tidak dapat diselamatkan walaupun CPR telah dilakukan terhadapnya.

Puncanya adalah disebabkan gadis tersebut tersedut 3 biji pearl boba secara sekaligus, dan menyebabkan saluran pernafasannya tersekat.

Sumber: World Of Buzz

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here