“Ingat karpet Aladin ke?” – Netizen berang sejadah jadi pelapik main gelongsor!

Isu agama sememangnya merupakan satu perkara yang sangat sensitif untuk disentuh. Sensitiviti keagamaan haruslah dijaga kerana boleh mewujudkan ketegangan antara kaum pelbagai bangsa dan budaya.

Perkongsian sebuah video yang agak mengejutkan di Twitter menerusi akaun Me_Uyghur, dimana video berkenaan menunjukkan gelagat sekumpulan kaum etnik China Han sedang bermain gelongsor gergasi.

Sangat tidak sangka!

Jika sekali imbas, perkara ini sekadar benda yang biasa untuk berhibur. Namun jika diperhatikan betul-betul, mereka bermain gelongsor gergasi itu dengan berlapikkan sejadah!

You can clearly feel the difference between Han chinese and Uyghur from this vedio. What is holly to us become useless clothes to them . They do know this , they just do not want to respect our value but want us to be like themselves. However we are local they are comers. pic.twitter.com/3WX6y9UpKP

— MeTooUyghur (@me_uyghur) July 8, 2019

Amat menyedihkan!

Perkara ini sangat menyentuh sensitiviti keagamaan terutamnya kepada orang islam disifatkan biadab dan kurang ajar kerana tidak menghormati agama lain.

Menimbulkan kemarahan netizen!
Bersangka baik! Mungkin mereka tak tahu?Ada yang ingat tu alas kaki..

Walaupun kejadian ini berlaku di negara China, namun terguris hati apabila melihat sejadah diperlakukan begitu rupa!

Sumber: Me_Uyghur, Mandrin Jer.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here