Mizz Nina kongsi kisah ibu kehilangan semua anak dalam letupan di Syria undang sebak

Penderitaan yang melanda rakyat di Syria bagaikan sebuah mimpi ngeri buat rakyatnya, dentuman bom dan tumpahan darah menemani hari-hari mereka.

Kehilangan insan tersayang akibat peperangan satu dugaan cukup perit untuk diterima, begitulah kisah yang dikongsikan di Instagram Mizz Nina mengenai seorang ibu kehilangan kesemua anaknya.

Semua anak2 saya mati begitu sahaja

Umum sedia maklum bahawa Mizz Nina sememangnya aktif dalam misi kemanusiaan di Syria, justeru menerusi entri di Instagram, penyanyi itu telah mendedahkan keperitan dan penderitaan jiwa yang dihadapi seorang ibu.

Dalam coretan itu menceritakan bahawa seorang ibu hampir hilang kewarasan diri selepas kesemua anak maut dalam satu serangan bom oleh rejim Bashar.

View this post on Instagram

#Repost @cintasyriamalaysia ・・・ “Anak saya tercampak depan saya. Saya berlari ambil dia dan kemudian saya bangun, saya tak tahu saya di mana. Semua anak-anak saya mati begitu sahaja. Semua.” . Kata seorang ibu yang kami duk bersembang. Kini dia memeluk anak-anak saudaranya yang masih hidup. Kata wanita yang bersama duduk dengan beliau, selepas beberapa tahun barulah kawannya itu siuman dan kembali normal. . Trauma terhadap kehilangan ahli keluarganya itu terlalu kuat dan menjadikannya kerap rasa nak bunuh diri dan mahu ikut mati. . Beliau antara yang terselamat dari bom-bom yang dijatuhkan rejim. Yang mana memang mereka sengaja meletupkan kampung-kampung tanpa sikit pun belas kasihan. . Kini mereka tinggal di dalam khemah-khemah selama 8 tahun ini. . Makan hanya bergantung kepada sumbangan, pakaian serta kelengkapan di dalam khemah juga begitu. . Untuk raya haji ini, itulah satu-satunya waktu yang mereka akan dapat menikmati daging dalam setahun. Sebungkus daging yang kita beri itu merupakan nikmat paling besar kepada mereka. . Itulah bahagia yang kita dapat beri dengan mengerjakan ibadah korban di Syria dan Kem-Kem Pelarian Syria di Turki. . Sungguh, membahagiakan mereka walau sesaat merupakan sebuah kepuasan di hati kita semua. . Pembayaran boleh terus di bank in kan ke Akaun Rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia: Maybank: 562834640983 . ATAU . Pembelian kambing atau sumbangan projek qurban secara atas talian di: . http://bit.ly/ProjekQurbanCSM http://bit.ly/ProjekQurbanCSM . SASARAN : 250 EKOR KAMBING HARGA : RM1000 (SEEKOR) . Inboxkan maklumat berikut ke emel kami – [email protected]: . 1) Nama penyumbang: 2) Nama yang ingin diniatkan untuk Qurban atau Akikah (jika berlainan dari penyumbang): 3) Jumlah kambing: 4) Bukti (resit) bayaran penyertaan. . Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di whatsapp: HQ kami di +01136852190 . Ayuh! Juga jemput share ya! Mana tahu ada saudara atau kawan kita mahu menunaikan korban juga.

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Trauma sehingga mahu bunuh diri

Bagaikan tidak boleh menerima kehilangan semua anaknya, ibu malang tersebu itu pernah beberapa kali terfikir mahu membunuh diri.

Mereka perlukan bantuan untuk raya korban

Setelah bertahun-tahun hidup dalam peperangan, rakyat Syria kini hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai, dan untuk Aidil Adha yang bakal tiba inilah satu-satunya peluang mereka untuk menjamah daging.

Justeru, Mizz Nina menyeru agar orang boleh membantu meringankan beban rakyat Syria disana, sumbangan tidak kira berapa sekalipun jumlah akan memberi seribu satu makna buat mereka.

Sumber : Mizz Nina

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here