Peguam mewakili Sultan Muhammad V sahkan baginda ceraikan isteri talak tiga

Berita penceraian Sultan Muhammad V baru-baru ini sedang hangat diperkatakan ramai. Khabar angin tersebut bertiup kencang apabila sijil penceraian pasangan itu didakwa telah tersebar di media sosial. Namun belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak Istana.

Terkini, peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua membuat pengesahan berita cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas isterinya, Rihana Oksana Gorbatenko.

Menurut peguam Sultan Muhammad V, firma guamannya sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

Menerusi kenyataan tersebut pihak peguam mewakili Sultan Muhammad V, memohon semua pihak supaya menghormati privasi baginda.

Namun pihak Rihana Oxana Gorbatenko memaklumkan dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.

Sumber : Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here