Member cabut kondom ketika hubungan intim, wanita Melayu buat laporan polis

Sebuah laporan polis tular di laman media sosial yang mendakwa seorang wanita tidak berpuas hati setelah kenalannya mencabut kondom ketika melakukan hubungan intim.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan wanita berkenaan Sabtu lalu.

“Ya, wanita itu ada hadir buat laporan kelmarin (Sabtu). Siasatan telah dijalankan dan kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Agama untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut laporan, wanita Melayu itu melakukan hubungan intim dengan lelaki warga Nigeria tersebut di sebuah kondominium di Cheras.

Pada mulanya, wanita berusia 38 tahun itu meletakkan syarat agar lelaki warga asing terbabit perlu menggunakan kondom.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan telah menanggalkan kondomnya pada pertengahan hubungan tanpa memberitahu wanita tersebut.

Laporan dilakukan oleh wanita berkenaan setelah berasa tertipu dan risau sekiranya tindakan tidak menggunakan kondom itu akan dijangkiti virus HIV.

Sumber : Facebook , Sinar Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here