Penduduk terkejut jumpa bayi comel putih gebu dibuang dalam semak

Kelahiran yang tidak diundang, itulah yang dapat digambarkan mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita ini. Anak yang tidak berdosa dibuang seperti tanpa ada rasa belas ihsan.

Baru-baru ini, seorang bayi perempuan comel dan cukup sifat ditemui di Jalan Dusun Muda, Kota Bahru, Kelantan, dalam keadaan tanpa seurat benang di atas rumput berdekatan sebuah rumah.

Kucing jumpa bayi tepi rumah

Kejadian berlaku pada awal pagi, penghuni rumah tersebut dikenali sebagai, Mohd Norazam Che Wahab, telah melepaskan kucing peliharaannya ke luar.

Namun, pelik apabila dilepaskan, kucingnya terus berlari pantas ke arah kawasan rumput berhampiran tempat pembakaran sampah, risau haiwan peliharaannya itu hilang dia mengekorinya sebelum terdengar tangisan bayi.

“Saya tanya jiran, mereka beritahu saya tidak ada bayi di rumah itu sebelum ternampak seorang bayi perempuan tidak berpakaian di atas rumput…”

Perasan ada kereta berhenti lama dekat situ

Sementara itu, menurut salah seorang jiran, mendakwa ketika mahu menghantar anak ke sekolah, dia melihat ada sebuah kereta yang berhenti di kawasan tersebut agak lama namu tidak mengesyaki apa-apa sebelum bayi itu ditemui.

“Nampak tapi tak syak apa-apa yang pelik sampailah dia sendiri beritahu perkara itu kepada saya selepas penemuan bayi ini…”

Comelnya, sampai hati mak dia buang

Kisah bayi tersebut yang mula tular di media sosial, telah membangkitkan rasa simpati netizen, ramai yang kasihan melihat bayi yang putih gebu dan comel itu dibuang begitu sahaja.

Cantik sangat bayinya…Bagilah saya jaga…

Malah, ada dalam kalangan netizen meluahkan hasrat untuk mengambil tanggungjawab menjaga bayi perempuan tersebut.

Bayi gebu comel, memang tak ada hati perut yang buang tu

Sumber : Sinar Harian & media dttb

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here