Kembar seiras jadi timbalan pengetua di 2 sekolah berbeza cetus keliru netizen

Sejak akhir-akhir ini, warganet yang menggunakan aplikasi media sosial gemar membuat poll ataupun posting soalan-soalan bagi menarik minat lebih ramai pembaca.

Pelbagai pertanyaan dan fakta-fakta menarik telah dikongsi oleh netizen dan hal tersebut telah membuatkan lebih ramai warganet berkongsi perkara menarik di laman sosial.

Timbalan pengetua dua MRSM adalah kembar

Perkara tersebut samalah seperti thread yang dibuat di Twitter apabila ada individu telah membuat posting mengenai fakta menarik sekolah mereka.

Seorang pengguna aplikasi itu juga telah memberitahu bahawa sekolah MRSM Pengkalan Hulu, Perak dan MRSM Felda mempunyai pengetua yang seiras. Lebih menarik, mereka sebenarnya adalah kembar.

Anak dia dah jawab

Disebabkan posting tersebut tular, anak kepada salah seorang timbalan pengetua sekolah berkenaan telah mengakui kesahihan kenyataan itu.

Dikenali sebagai dmiakhleda, gadis tersebut telah memuat naik gambar bapanya bersama bapa saudara. Ternyata dua orang timbalan pengetua tersebut berwajah seiras. Kedua-dua timbalan pengetua itu bernama Hassan dan seorang lagi bernama Hussin.

so hereee my abah 1 & 2 😂 https://t.co/CXRogVOOfm pic.twitter.com/YQ4xUrseqB

— 𝓿𝓸𝓷 𝓼𝓬𝓱𝔀𝓮𝓮𝓽𝔃 (@dmiakhleda) July 25, 2019

Rindu dengar dia kejut Subuh dengan hon motor

Posting tersebut telah membuatkan warganet berasa terhibur dan tertarik melihat wajah dua orang timbalan pengetua sekolah berwajah seiras. Bukan sahaja merupakan pasangan kembar, malahan mereka turut memegang jawatan yang sama.

Mana satu Hassan, mana satu Hussin
Alahhh cutenyaPelempang masa SPM masih berdengung

Sumber: dmiakhleda

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here