Demi nak halalkan gadis impian, pemuda kerah kudrat buat 2 kerja dalam 1 hari

Sebelum ini, pernah tular beberapa kisah mengenai pemuda yang melakukan dia kerja dalam satu masa bagi menampung kehidupan. Perkara tersebut dilakukan bagi menampung sesuatu perbelanjaan yang harus ditanggung.

Siang malam kerja

Justeru itu, baru-baru ini, seorang lelaki telah menceritakan perihal kesungguhannya melakukan dua kerja bagi menghalalkan kekasih hatinya untuk dijadikan isteri.

Pemuda yang dikenali sebagai Amirul Syafieq itu telah memberitahu bahawa dirinya bekerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran segera selama lapan jam dan pada sebelah malam bekerja sebagai penghantar makanan untuk Grab Food.

Cantik buah hati dia

Kegigihan Amirul seharusnya dipuji kerana mempunyai matlamat yng jelas dalam perhubungan apabila sanggup berusaha menstabilkan kewangan bagi menghalalkan gadis yang dicintai.

Semangat tu paling penting

Sehubungan dengan itu, posting yang dibuat oleh Amirul telah berjaya menarik perhatian warganet kerana telah mendapat ribuan perkongsian di Twitter. Rata-rata mereka memuji tindakan pemuda itu dan mendoakan usahanya berbaloi serta mendoakan kesejahteraan dirinya serta pasangan.

Kagum dengan semangat kauHati-hati bawa motor bang
Nampak macam mana kau sayang dia bro!Semoga cita-cita tercapai

Sumber : Amirul Syafieq

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here