Dituduh macam2, sebenarnya pengasuh Abby ‘hilang’ sebab kemalangan

Semalam kecoh di Instagram pengasuh pelakon Abby Abadi dikatakan telah hilang tanpa jejak, membuatkan pelakon tersebut bertindak membuat satu posting mengenai kehilangan pengasuh anak-anaknya itu, sehingga pelbagai spekulasi timbul.

Hari ini misteri kehilangan pengasuhnya yang bernama Azieah sudah terjawab, menerusi posting terbaru Abby, sebenarnya pengasuhnya itu terlibat dalam kemalangan.

Patutlah orang lain yang jawab

Mengenai individu yang membalas pesanan Whatsapps Abby menggunakan nombor Azieah sebenarnya, bukanlah kawan kepada pengasuh tersebut.

Sebaliknya, dia secara kebetulan telah terjumpa telefon bimbit Azieah yang mungkin tercicir di kawasan tempat berlakunya kemalangan.

View this post on Instagram

Pasal pintu hospital tadi 😐 . Azieah (pengasuh daiyan dayana) minta cuti kata nk balik Kg 4hari. Haritu balik sekali dgn kawan dia, naik keretapi laju katanya. Semalam janji nak balik semula.. tp sampai malam tadi tak sampai2. Sy whatspp tanya kat mana? dia kata malam tadi baru nk baik bas, jadi Sy agak kalau naik bas, pagi ni la sampainya kan? . Sy msg malam tadi dia kata nak naik bas pukul 11pm. Lepas subuh tadi Sy msg dah sampai belum, dia tak jawab2.. dan tiba2 ada kawannya pulak tlg jawabkan hantar gmbr pintu tu kata accident smlm nk pergi Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar smlm. Sy msg2 lagi tanya nak tau keadaan, lama tak berjawab….. tiba2 ada org lain pulak jawab… Sy agak musykil disitu.. sbb tu Sy tanya kat IG sbb tak dpt nk contact keluarga atau kawan2 dia . Jadi, dimanakah Azieah agaknya skrg ye.. Risau Sy.. Aduhaiii… dah la Sy & suami ada kerja hari ni. Sian @daiyandayana 💆🏻‍♀️ siapa2 buleh tlg sy contact ahli keluarga dia? Atau siapa2 sudi nk jadi pengasuh gantian utk Daiyan Dayana?? Syaratnya cergas ye. DM ye kalau sudi.

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dia malu orang tuduh dia macam2…

Abby berkata, disebabkan kisah Azieah menghilang tiba-tiba itu, ada segelintir netizen tergamak melemparkan pelbagai tuduhan kepada gadis itu, sehingga dia berasa malu untuk melihat dan membaca komen negatif mengenainya.

View this post on Instagram

Azieah ohhhhhh Azieah 🧕🏻 . Ye betul Azieah accident… taktahu la kelmarin ke semalam, cuma taklah teruk sampai kena xtray bagai . Dia masih di kampungnya, nk berehat dulu katanya . Hp dia hilang.. jadi maknanya org lain yg balas msg sy semalam . Dia kata dia malu baca komen org tulis mcm2 pasal dia. Dia bukan mcm tu. Jadi korang baik minta maaf. Dosa bersangka2 tau . Kiranya selesai kes ini ye. Minta berhenti berspekulasi. Doakan Azieah cepat sembuh dan baik2 saja ye 😍 . Ps: Fi Hifzillah Azieah 🥰

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Awak yang buka ruang orang buat andaian

Tetapi di ruangan komen, pelbagai pendapat diterima oleh Abbay, sehingga ada yang menyalahkan pelakon itu sendiri yang membuka ruang untuk netizen membuat pelbagai andaian.

Sementara itu, ada juga yang faham apa yang cuba disampaika oleh Abby, mungkin ketika itu dia sudah hilang punca mencari Azieah sehingga terpaksa membuat posting tersebut bagi menjejaki pengasuh anak-anaknya.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here