Lakonan Ben Amir dalam drama Sweet Dreams dipuji netizen

Selepas tamat drama Setelah Terlafaznya Akad diterajui pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose, kini drama Sweet Dream pula menjadi perhatian penonton.

Drama ini diadaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana, masih mengekalkan pengarah dan produksi yang sama dari drama sebelumnya.

Drama tersebut mula ditayangkan sejak 5 Ogos lalu malah menariknya drama ini apabila menggandingkan dua pelakon yang selalu menjadi dambaan peminat iaitu Mira Filzah dan Ben Amir.

Ramai yang suka dengan watak Qash!

Semalam melalui laman Instagram, Ben Amir telah memuat naik sedikit sedutan untuk episod selanjutnya yang akan ditayangkan.

View this post on Instagram

Qash jumpa the mute and cute Puteri. 2nd episode is tonight ! #DramaSweetDreams

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

“Qash jumpa the mute and cute Puteri. Episod kedua malam ni (semalam),” tulisnya.

Ramainya puji lakonan Ben ni…

Setelah itu, Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin sekali lagi memuat naik satu posting beserta sekeping gambar watak yang dimainkan oleh Ben.

Dapat dilihat ramai memenuhi ruangan komen dengan pelbagai pujian disebabkan watak Qash dan penampilan yang dibawa olehnya dalam drama arahan pengarah terkenal Michael Ang itu.

View this post on Instagram

Mysterious Qash. Selalu tetiba muncul selamatkan Puteri. #DramaSweetDreams

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Kemain komen masing-masing!Ramai suka Ben berambut panjang!

Lelaki tergugat dengan Ben ni…
“Dulu biasa-biasa je”Betul ke dah makin kacak ni?
Baru dua episoddah dapat sambutan!“Suka sangat dekat Qash!”

Sumber : Ben Amir.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here