Lelaki ceroboh masuk bilik rawatan sambil rakam doktor tertidur keletihan, dikecam netizen

Mungkin daripada segi luaran, kerjaya sebagai doktor antara yang hebat, masa kerja mereka tidak mengikut waktu pejabat, selagi ada pesakit yang memerlukan khidmat selagi itulah mereka akan terus menjalankan tugas merawat sakit.

Jadi tidak hairanlah jika kita lihat ada doktor yang boleh terlelap dimana-mana kerana terlalu keletihan. Walau bagaimanapun, menjadi lumrah manusia, masih juga ada yang suka mencari salah orang lain.

Ceroboh masuk bilik rawatan hospital, rakam doktor tidur…

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki bertindak menceroboh masuk ke dalam bilik rawatan kecemasan di hospital dan merakam seorang doktor wanita yang tertidur keletihan di atas katil.

Gara-gara video tersebut, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap doktor terbabit sehingga menyifatkan dia sebagai ‘makan gaji buta’.

Ingat kerja doktor tu senang ke?

Namun dalam sudut pandangan netizen pula, rata-rata mengecam tindakan lelaki berbangsa India itu menceroboh masuk ke bilik tersebut untuk kejutkan doktor itu daripada tidur.

Biadap! Kau ingat kau siapa nak masuk bilik doktor suka2 hati

Kebanyakan warganet sebenar meluahkan rasa kesian melihat doktor tersebut, kerana dapat diperhatikan raut wajah doktor tersebut nampak sedang dalam kepenatan.

Doktor hospital kerajaan tak macam swasta…
Cepat la tangkap laki ni, kesian doktor tu nak rehat kejap pun tak boleh ke?Doktor kadang2 waktu rehat pun tak ada

Sumber : Lobak Merah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here