Macam hari perbarisan, pengantin buat majlis kahwin tema pengakap berjaya curi tumpuan

Bagi pasangan yang ingin meraikan saat bahagia di hari persandingan, mereka pasti ingin kelihatan cantik dan bergaya supaya majlis itu dapat dijadikan sebagai kenangan di hari tua kelak.

Namun, buat pasangan pengantin daripada Kuala Kurau, busana perkahwinan yang dikenakan mereka agak lain daripada lain kerana mengenakan tema pengakap.

Majlis kahwin tema pengakap

Pengantin pengangkap itu mula tular di Facebook, selepas jurugambar memuatnaik beberapa keping foto pasangan raja sehari mengenakan seragam pengakap sebagai busana di hari persandingan mereka.

Dah macam perbarisan pengakap

Kebiasaannya, pakaian seragam ini dipakai ketika zaman persekolahan pada hari kokurikulum. Justeru, majlis persanding itu kelihatan seperti perbarisan pengakap apabila para pengapit juga mengenakan seragam yang sama.

Ahli pengangkap yang setia…

Keberanian pasangan ini memilih untuk menggayakan uniform pengakap, telah mendapat perhatian daripada warganet. Malah, ada dalam kalangan berminat untuk meniru tema kahwin memakai baju seragam kokurikulum.

Nanti ada pulak la yang pakai baju kadet remajaSempoi baq hang!

Sumber: I Am Parit Buntar, Shahril Shafiq Ahmad Sharifuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here