Parut pembedahan kian hilang, Ainul Mardhiah semakin comel!

Kisah perjalanan adik Ainul Mardhiah dalam mendapatkan rawatan bagi membuang ketumbuhan dimulutnya beberapa bulan yang lepas telah menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Selepas pembedahan membuang ketumbuhan tersebut berjaya atas usaha banyak pihak, adik Ainul sudah pun pulang ke Malaysia dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur bagi pemantauan kesihatannya.

Tahun ni dua kali raya di hospital

Pagi tadi, bapa kepada Ainul telah memuat naik gambar terkini bayi kesayangan ramai itu. Melihat daripada wajah si comel tersebut, jelas sekali parut pembedahan di bawah mulutnya semakin pudar.

Ainul yang semakin comel dan aktif kelihatan seakan sudah mulai sihat dan bertambah ceria.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Ainul kekal sihat dan bertambah ceria sentiasa. . Terus doakan ainul supaya Allah memberikan kesembuhan secara total buatnya. . Nampak gayanya, tahun ni dua kali raya kita raya di hospital anak 😁

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Mama dah tak sabar nak balik rumah

Tambah Ahmad Safiuddin secara berseloroh, dia mengatakan bahawa mereka sekeluarga akan menyambut dua perayaan di hospital tahun ini.

Ibu kepada Ainul juga sempat memuat naik video anaknya yang semakin aktif di Instagram dan sempat menceritakan keadaan bayi itu yang mengalami sedikit jetlag selepas pulang dari London.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat dari hari ke hari. Hampir seminggu juga Ainul dengan mama jetlag. Sampai je waktu malam, mata kami berdua akan segar sampailah ke subuh. Waktu siang mulalah mengantuk. . Inilah rutin Ainul waktu waktu jetlag haritu. Sekarang dah normal balik. Dah boleh dah tidur waktu malam. . Bila kita nak balik rumah ni Ainul? Mama dah rindu bau rumah ni😋

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Semoga terus sihat baby kesayangan ramai

Menerusi perkongsian daripada ibu dan bapa Ainul di Instagram, rata-rata netizen telah mulai membanjiri ruangan komen dengan menzahirkan rasa seronok melihat perkembangan kesihatan bayi kesayangan ramai itu.

Mereka juga mendoakan agar kesihatan adik Ainul semakin bertambah baik supaya mampu membesar dengan sihat.

nanti dah boleh jalan2 keliling taman

Raya tahun depan mesti beraya sakan
Semoga Ainul bertambah sihatComelnya Ainul sayang…

Sumber : Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here