“Sumpah menakutkan!” – Ramai terkejut Uqasha Senrose bertukar jadi hantu

Memuat naik gambar di Instagram merupakan perkara biasa yang sering dilakukan oleh setiap individu. Selain itu, medium tersebut juga merupakan platform untuk para selebriti berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

Terkejut bila buka Instagram!

Namun begitu, semalam, pelakon cantik Uqasha Senrose telah mengejutkan peminatnya apabila memuat naik satu gambar yang sangat menyeramkan.

Gambar tersebut yang terlihat seakan wajahnya yang disolek dengan rupa hantu beserta pakaian seolah-olah pontianak benar-benar menakutkan.

Tanpa meninggalkan sebarang kapsyen yang panjang pada gambar tersebut, Uqasha telah membuatkan peminatnya berasa gerum melihat wajahnya yang biasa terlihat cantik menjadi begitu menakutkan.

Sumpah scary weyy!

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas diruangan komen Uqasha. Rata-rata mengakui bahawa berasa gerun dengan gambar itu dan tidak menyangka wajah cantik pelakon kelahiran Kelantan itu menjadi hantu yang begitu menyeramkan.

CantiknyaaaNasib tak pengsan buka IG
Jarang hantu gigih lawa

Sumber : Uqasha Senrose

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here