Syazwan Zulkifly bakal bertunang dengan pramugari pada hari merdeka

Siapa tidak kenal pelakon lelaki yang popular dengan watak antogonis, Syazwan Zulkifly yang kerap kali menghiasi kaca televisyen dengan membintangi drama-drama rantaian.

Sejak namanya meningkat naik, sisi peribadinya turut menjadi tumpuan lensa kamera media yang ingin megetahui sama ada jejaka ini sudah mempunyai teman istimewa ataupun belum.

sulam cinta hampir 4 tahun

Sejak kekebelakangan ini Syazwan dilihat agak terbuka dalam berkongsi gambar teman wanitanya yang juga seorang pramugari di laman sosial Instagram. Dia dan gadis cantik itu sudah pun menyulam cinta hampir empat tahun.

Bakal bertunang

Menerusi Mstar Online hari ini, Syazwan telah memberitahu bahawa akan mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya yang dikenali sebagai Syawalriah Zulkifly pada 31 Ogos nanti.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Syazwan selepas mengakui telah lama mengenali wanita itu.

“Saya sudah lama mengenalinya, sudah hampir 10 tahun dan asalnya kami berkawan sahaja.”

Walau bagaimanapun, Syazwan menjelaskan bahawa belum memikirkan tempoh waktu bertunang sebelum melangkah ke fasa seterusnya dan akan memaklumkan perkembangan seterusnya jika sudah mempunyai perancangan dan persediaan nanti.

Sumber : Mstar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here