Anak ditumbuk rakan sekolah, ibu luah rasa kesal di Facebook

Kes buli di negara ini semakin kritikal apabila hampir setiap minggu terdapat pelbagai kisah yang tular di laman media sosial.

Terbaru, seorang ibu meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya yang merupakan murid tahun satu didakwa telah ditumbuk seorang murid tahun dua sehingga berlaku pendarahan di hidung.

Menerusi laman Facebook, Norihan Jamil berkongsi beberapa keping gambar dalam kejadian yang berlaku tengahari semalam ketika menjemput anaknya pulang dari sekolah.

Terkejut masa ambil anak balik sekolahApa salah anak aku? Dah pandai tunjuk samseng!
Sebelum ni baca kes2 buli, sekali terjadi kat diri sendiriDah buat aduan kat pihak sekolah

Posting tersebut tular dengan mendapat lebih 3,500 perkongsian serta 3,600 tanda suka yang rata-rata meluahkan rasa geram terhadap tindakan kurang ajar si pelaku.

Berani betul eh! Geram tengok…Kecik2 dah kurang ajar!Buat je laporan polis sis!

Sumber : Norihan Jamil

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here