“Dipeluknya puas2…” – Isteri Fad kongsi momen terakhir bersama bibik, reaksi sedih anak cetus hiba

Ramai kita lihat, kebanyakkan daripada kita lebih gemar perkhidmatan pembantu rumah daripada Indonesia. Tak dapat dinafikan, kebanyakkan anak-anak majikan sangat rapat dan sayang dengan pembantu rumah mereka.

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak, Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman, telah memuat naik video di laman Instagramnya, memaparkan anak momen-momen terakhir bersama pembantu rumahnya sebelum pulang semula ke Indonesia.

Banyak kali cium dan peluk bibik

Namun, video tersebut telah mengundang pilu apabila dilihat pembantu rumah yang dipanggil bibik berasa sebak mahu meninggalkan anak-anak yang telah dua tahun diasuhnya.

Menurut Syahira, malam itu adalah hari terakhir mereka bersama bibik, dapat diperhatikan beberapa kali bibik mencium dan memeluk anak-anak majikannya dengan penuh kasih-sayang.

View this post on Instagram

Bye bibik 😣 ,after we go through so many helper dan titin patimah yang the last and bertahan selama 2 tahun lebih .dia manusia ,pasti buat silap .bila buat silap of course kita jadi singa .tapi tk penah simpan dlm hati bila marah dia .hanya marah time salah dan lepastu lupakan .sebab ,bila ktorang kerja dia lah yg urus rumah ,jaga anak2 ,suap anak2 makan ,masa masak dia la tolong melayan anak2 dan mcm2 lah .tangan dia mcm 10 .tk penah sakit weh dan sgt hebat selama 2 tahun lebih sekali pun tk pnah bwk dia gi clinic .dia cuma penah demam batuk .mntk panadol pastu lega .energy dia sgt hebat .mntk la dia buat apa .skit pun tk berkira .sebab tu ktorang tk penah berkira dgn dia .mahal baju aku ,mahal la baju dia .bila beli baju tdoq dkt giant sama jgk bajunya utk aku .suka bila tengok org bersih kemas .sbb jaga anak2 kita kna make sure helper kita jaga kebersihan .dia boleh ikut rentak kami yg jenis particular bab bersih ni .2 tahun setiap bulan 9 mesti celebrate birthday dia but tahun ni bibik dah balik kampung .mungkin lebih bermakna bila celebrate dengan keluarga sendiri .tahun depan harapnya kita dapat la raya lagi pakai baju sedondon mcm tahun ni .dia tak pernah mntk phone selama dua tahun kerja .dia cuma tunggu bila suami dia call phone ktorang baru la dia excited nk ckp .so bila dia dh nak balik ktorang hadiahkn dia phone baru .seronok dia .phone tu tujuan utk senangkn dia contact anak2 . . Bye bibik ,ni malam last ktorang nak hantar bibik ke rumah makcik sbb ktorang nk blik kampung awal .flight dia hari selasa jdinya tk sempat hantar .utk tknk bgi bdk2 nangis .masa kemas2 brg bibik naik bilik diorang peluk diorang puas2 .sebab belum tentu lepas ni kita jumpa lgi ke tak .tapi sy selalu doa bibik akan balik .hayyan keep ckp nak ikut bibik .zayyan keep ckp bibik dtg lgi ye .hbes aku yg rakam tu korang rasa mcm mna ?😭😭😭 .Aminah bila dh tengok semua peluk dia mcm faham sgt bibik akan pegi jauh .terima kasih bibik utk 2 tahun kenangan pahit manis kita .terima kasih uruskan anak2 tanpa mengeluh .kalau anak2 biadap dengan dia tk penah daddy diorang biarkan .kau buat bibik depan ktorang haa mmg siap la daddy dia bedal .please doakan bibik balik semula 😣😣😣

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on

Dia seorang yang baik dan sangat rapat dengan anak2

Tambahnya lagi, dia sangat sayang mahu melepaskan bibiknya itu yang disifatka sebagai seorang yang baik dan jarang merungut. Malah, dia juga sangat rapat dan anak-anak sangat menyayanginya.

Dalam coretannya lagi, dia sangat kagum dengan cara kerja bibiknya yang sangat cekap menguruskan rumah dan anak-anak. Oleh kerana itu, bibik sudah dianggap bagaikan keluarga, sehingga baju raya mereka pun dibeli sedondon.

Pasti bibik sudah menjaga anak-anak Fad dan Syahira dengan begitu baik, lihatlah raut wajah anak-anak itu bagaikan tidak rela mahu berpisah, sehingga ada yang mahu mengikut bibik pulang ke Indonesia.

Kita yang baca ni pun nak nangis

Melihat detik-detik perpisahan itu, rata-rata pengikut di IG isteri pelawak tersebut, turut menzahirkan rasa sedih dan sebak melihat reaksi anak-anak kecil itu.

Memang layan macam keluarga sendiri

Bertuah dapat bibik yang baikSemoga bibik dapat kerja semula…

Sumber : Nur Syahirah A Rahman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here