Hamil 4 bulan, Abby Abadi ambil anak angkat ketiga?

Selepas setahun mengambil dua anak angkat, pelakon Abby Abadi mendedahkan dan memberi bayangan bahawa dia menerima seorang lagi bayi lelaki sejak semalam.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya yang kelihatan sibuk menguruskan dokumen bayi diberi nama ‘Baby K’ itu dengan memuat naik beberapa keping gambar.

Alhamdulillah selesai urusan!

“Bukan baby saya tau. Saya baru hamil empat bulan. Kalau betul boleh bersalin awal, saya nakk!! Tapi tak mungkin,” tulisnya.

Menurut Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, bayi comel berkenaan dikatakan memiliki wajah seiras ibu bapa angkat dan berharap dapat menjaga amanah Allah dengan sebaiknya.

“Selamat berjaga malam nanti”

“Bertiga lebih baik”

Terdahulu hasil perkahwinan dengan Norman Hakim pada 2002, bekas anggota kumpulan Elite dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 2013 namun bercerai 11 bulan selepas itu.

Pelakon berusia 41 tahun itu seterusnya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015 dan kini sedang dengan usia kandungan mencecah empat bulan.

Sumber : Abby Abadi

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here