Ibu tak dapat pergi, Wany Hasrita ‘belanja’ Amira Othman pergi haji

Penyanyi Wany Hasrita memohon maaf kepada semua kenalan setelah berpeluang ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji semalam.

Menerusi laman Instagram, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu memuat naik beberapa keping gambar sebelum berangkat menjadi tetamu Allah.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua, insyaAllah dlm beberapa jam lg wany @amiraaothman akan bertolak ke Jeddah utk menunaikan fardhu haji. . Wany nk minta maaf semua salah silap wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2. Doakan wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah. . Kalau ada sesiapa nk kirim doa, boleh comment dibawah, insyaAllah ada masa wany sampaikan. ❤️❤️❤️

A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on

“Wany nak minta maaf semua salah silap Wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2.

Doakan Wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah,” tulisnya.

Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah turut mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama penyanyi, Amira Othman.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, dia sedih apabila hasrat bagi membawa ibunya Norita Jaafar tidak kesampaian kerana masalah wanita.

“Jadi ibu cadangkan untuk pergi dengan orang yang betul-betul boleh solat. Tak tahu kenapa, nama Amira Othman muncul dalam fikiran. Mungkin rezeki dia.” katanya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap. Memg betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur. Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah ❤️

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

“Memang betul2 ajaib cerita kami ke haji ni tapi semua Allah atur. Saya mohon doa untuk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendapat haji yang mabrur.

“Mohon doa kami selamat pergi & selamat pulang. InsyaAllah,” kata Amira pula.

Terdahulu, Wany mendapat jemputan istimewa daripada kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji dan menyambut Aidiladha di sana.

Sumber : Wany Hasrita , Amira Othman , mStar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here