Lelaki kongsi kisah sedih tanam uri bersama anak & isteri dalam satu liang

Beberapa hari lepas, telah tular satu muat naik di Twitter milik seorang pengguna yang dikenali sebagai Nabilfikri10 yang telah membuat posting mengenai screenshot satu komen di ruangan Facebook mengenai lelaki yang bercerita serba sedikit perjalanan kisah hidupnya.

Hilang isteri dan anak

Perkongsian yang dibuat oleh Nabilfikri10 itu telah mendapat perhatian daripada netizen yang berasa sedih membaca komen Mrpapa Apiq Piqa di Facebook berkaitan cara-cara membasuh uri.

Menerusi komen tersebut, pemilik akaun Facebook Mrpapa Ariq Piqa yang bernama Faizul Susanto itu telah menceritakan hal sebenar kepada Mstar Online berkaitan komen yang mengundang sebak netizen itu.

Faizul memberitahu bahawa isteri tercinta telah pergi menghadap Ilahi pada setahun yang lepas selepas mengalami komplikasi darah tinggi hingga anak dalam kandungan yang berusia 7 bulan turut gagal diselamatkan.

Pokok bentuk love atas pusara

Kisah meruntun hati Faizul itu telah menarik perhatian warganet apabila menyertakan gambar pusara isteri dan anaknya yang disemadikan dalam satu liang mempunyai satu pokok berbentuk ‘hati’ diatasnya.

Masih ada anak yang memerlukannya

Pemergian isteri tercinta dan anak ketiganya sangat memberi tamparan buat dirinya namun dia akui bahawa perlu kuat kerana dua orang anaknya masih memerlukan dirinya.

Banyak momen terakhir sebelum isteri pergi

Faizul juga telah berkongsi kisah bagaimana keadaan isterinya yang sedang melawan sakit dihospital beberapa hari sebelum pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang lain.

Semoga perkongsian yang dibuat oleh Faizul Susanto itu mendapat menunjukkan betapa besarnya pengorbanan isteri dalam mengandung dan melahirkan zuriat.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan contoh kepada sesiapa sahaja mengenai kasih-sayang suami kepada ahli keluarga dan juga anak-anak dalam menghargai pasangan seperti yang dilakukan Faizul.

Sumber :Mstar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here