Mahu fokus ibadah haji, Neelofa tak main Twitter & Facebook

Beberapa hari lepas, media-media sosial telah dikejutkan dengan berita jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah kerana masalah visa dan terpaksa dihantar pulang ke Malaysia.

Masalah visa selesai

Berita sedih itu turut dirasai oleh artis terkenal Tanah Air, Neelofa apabila dia terpaksa menangguhkan pemergiannya untuk ke sana atas masalah visa.

Walau bagaimanapun, masalah tersebut berjaya diselesaikan dan dia berangkat ke Tanah Suci pada malam tadi selepas segalanya selesai.

Tak main Facebook & Twitter

Sehubungan dengan keberangkatannya ke Mekah, dia telah menitipkan satu pesanan di Twitter miliknya dengan menyatakan bahawa sepanjang keberadaannya di Tanah Suci, akaun Facebook dan juga Twitter akan dikendalikan oleh admin yang dipercayai.

Harap segala urusan dipermudahkan

Kenyataan yang Neelofa itu disambut dengan terbuka oleh warganet yang memahami situasi Neelofa yang ingin fokus terhadap ibadahnya. Rata-rata daripada mereka telah mendoakan agar pesonaliti televisyen itu mendapat kesejahteraan dan haji yang mabrur. Inn Shaa Allah.

Semoga mendapat haji mabrurDoakan kami sampai ke sana juga

Sumber : Neelofa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here