Selepas 11 tahun terpisah, pemuda sakit usus bertemu bapa kandung

Kisah mengenai seorang pemuda yang menghidap penyakit usus berlubang di Tawau, Sabah mendapat keprihatian rakyat Malaysia di laman media sosial semalam.

Lebih menyedihkan apabila usus yang ditebuk selepas pembedahan itu tidak dijaga sebaiknya kerana tidak mampu menjalani rawatan susulan di hospital.

Malah pemuda yang dikenali sebagai Aidil itu juga berhasrat ingin bertemu keluarga kandung yang dikatakan sudah terpisah sejak 11 tahun lalu.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Evy Nyonya berkongsi berita gembira apabila pemuda terbabit sudah menjejaki bapanya dengan bantuan orang ramai.

Alhamdulillah akhirnya!

Alhamdulillah,,,,,,Akhirnya ALLOH SWT mempertemukan bapak & anak yg terpisah sejak 11 thn yg lalu…….Baru saja…

Posted by Evy Nyonya Atri on Wednesday, August 7, 2019

“Allah SWT mempertemukan bapa & anak yang terpisah sejak 11 tahun lalu yang datang dari Lahad Datu. Berbahagialah adik..

“Semoga ada jalan untuk menyembuhkan sakitmu. Amin ya Allah,” tulisnya menerusi posting pada lewat petang semalam.

Posting tersebut dipenuhi ucapan syukur netizen yang rata-rata gembira apabila mengetahui anak beranak itu dipertemukan kembali setelah lama terpisah.

Alhamdulillah!

Dengan bantuan zaman tular!
Semoga luka cepat sembuh!

Sumber : Evy Nyonya

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here