Budak ‘istimewa’ jual tisu sambil mengusik pelanggan buat ramai terhibur

Pernah tak kalau tengah lepak, tiba-tiba ada individu yang memohon sumbangan dan menjual pelbagai barang bagi menampung hidup? Kadang-kadang rasa simpati dan sayu bila melihat golongan tidak bernasib baik macam ni.

Satu perkongsian oleh Huda di laman Twitter mengenai seorang budak lelaki menjual tisu dengan perwatakan istimewa. Walaupun hanya menjual tisu, namun budak tersebut sangat ramah dan menarik perhatian!

Tapi yang ni lain macam pulak..

Huda berkongsi sebuah video adik berkenaan yang menyanyi lagu bahasa Inggeris. Menurutnya, sebaik saja menjual tisu, budak tersebut secara spontan menyanyi dan beramah mesra dengan mereka.

Dia beli paket tisu rm1.90 kat watsons tapi jual rm1/pcs. Lepastu datang mengacau orang. Tangkap dia polis! pic.twitter.com/7qOyldkicV

— 🌈 (@wh0pps) August 3, 2019

Eh, memang ramai yang kenal rupanya!

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai dan paling mengejutkan apabila kebanyakan mereka pernah terjumpa dan mengenali budak berkenaan.

Dekat Tesco dgn Aeon pun selalu jumpa dia…

Lain cerita pulak!
“Ayah dia memang hantar sana sini…”Boleh ‘speaking’ weh!
Ada yang teringin nak jumpa!Ceritanya macam bapak dia yang suruh!

Menurut segelintir warga Melaka, budak terbabit merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik. Dia dan adik beradik lain dikatakan mempunyai masalah penyakit genetik.

Sumber : Huda.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here