Lutut berkerak, netizen minta Haneesya Hanee ‘berus’ kasi cerah

Lama pula tidak mendengar kisah mengenai bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee setelah mencetuskan kontroversi pada Januari lalu.

Terbaru, remaja berusia 19 tahun itu kembali menjadi perhatian apabila memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

U know what the previous picture I was insecure with my knee. Well I’m human too although u see I’m confident n all. I do have my own insecurities that’s why I edited the previous one. That is why I say u hv to overcome your fears to earn that confidence! U know what Heh idgaf anymore! Edit kena kecam tak edit pun akn kena kecam. So sila kn💁🏽‍♀️ Counting day for #klfw2019 !!!!

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

Menurut Haneesya atau nama penuh Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, dia meluahkan rasa tidak yakin terhadap lututnya yang kelihatan kurang cerah.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu tidak kisah apabila fizikal lututnya mendapat cemuhan atau kecaman orang ramai.

“Saya kurang keyakinan dengan lutut saya. Tapi saya hanya manusia biasa, walaupun kamu tengok saya kelihatan yakin dan sebagainya.

“Edit kena kecam, tak edit pun akan kena kecam. Jadi silakan,” katanya.

Apabila memberi peluang untuk kecaman, segelintir netizen tidak melepaskan peluang bagi meninggalkan kata-kata berunsur cacian terhadap selebriti baharu itu.

Putihnya!

Betul ke tu kaki?Itu la banyak minum…
Kena la yakin walaupun berkaratLupa nak berus kot?Ingatkan pakai stokin sampai lutut

Namun rata-rata masih memuji kecantikan Haneesya dan meminta supaya dia mengabaikan sahaja ‘mulut puaka’ netizen yang tidak puas menghina ciptaan Allah.

Sebab kau la aku jadi yakin!Dah dia gelap, memang la hitam!Kenapa cantik sangat ni?Jadi diri sendiri je!Abaikan kecaman2 tu!

Sumber : Haneesya Hanee

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here