Majlis dipenuhi selawat Nabi, Izreen Azminda buat majlis akikah anak

Setelah lebih sebulan melahirkan cahaya mata, pelakon Izreen Azminda mengadakan majlis tahnik dan akikah untuk anak lelakinya semalam.

Menerusi laman Instagram, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam memuat naik sekeping gambar kelihatan suaminya Ude Wahid menggendong bayi yang diberi nama sebagai Aaron Ibrahim itu.

“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik & aqiqah semalam.. Serba sederhana tapi penuh bermakna,” tulisnya.

Pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga tidak lupa mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya setelah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017.

Selawat NabiPelamin majlis!

‘Belanja’ sikit gambar2 Aaron!
Bersama abang2 kesayangan!Tengok jari pun comel!

Walau bagaimanapun, dia belum mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah anak ketiganya itu yang semestinya ditunggu-tunggu oleh ramai orang.

Sumber : Izreen Azminda

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here