Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama tanpa tumor, ibu ayah panjat rasa syukur

Selepas hujan pasti akan ada pelangi, begitu juga dengan kehidupan adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menderita ketumbuhan di lidah sejak lahir lagi.

Ainul yang kini sudah bebas daripada penyakit yang dihadapi, hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama bersama ibu dan bapa yang tercinta.

Alhamdulillah, Ainul dah setahun…

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Ahmad Safiuddin, menerusi entri di Instagram miliknya awal pagi tadi, dengan memaparkan video terbaru Ainul berserta dengan ucapan ringkas khas buat puteri kesayangannya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kamu anak!

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Setahun penuh dengan ujian & dugaan

Sementara itu, ibunya pula, Nurul Erwani, sempat membuat titipan istimewa buat anaknya. Bagi, ibu muda ini, Ainul telah mengajarnya erti kehidupannya yang sebenar.

View this post on Instagram

Ainul Mardhiah Turns 1. Happy Birthday Ainul Mardhiah❤️🎉🎁🎊🎂🎂🍰. . Selamat Ulangtahun yang pertama buat anak mama, Ainul Mardhiah. Alhamdulillah. Syukur hanya pada ALLAH SWT untuk nikmat yang paling berharga ini. . Bermacam pengalaman yang baru untuk mama dan walid dalam menjaga dan membesarkan Ainul. Ujian dan dugaan bertalu talu datang untuk mengajar mama dan walid erti kehidupan. Setiap masa mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk dan juga sentiasa permudahkan urusan kita semua. . Nanti kita celebrate birthday sama sama dengan mama ya Ainul💕 . . ❤️ you sayang.

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Membesar jadi anak solehah ya Ainul

Di ruangan komen pula, orang ramai masih tidak putus-putus memberi ucapan hari lahir dan doa buat bayi bertuah Ainul Mardhiah, yang kini semakin membesar dengan sihat dan bijak.

Cepat sembuh dan sihat…

Doa kami mengiringi perjalanan Ainul
Happy birthday Ainul sayang…

Sumber : Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here