Polis jumpa mayat wanita berkulit putih, Nora Anne sudah ditemui?

Selepas 10 hari kehilangan rakyat Ireland Nora Anne Quoirin, 15, operasi pencarian dan menyelamat hari ini digemparkan dengan penemuan satu jasad seorang wanita berkulit putih sekitar 2 KM dari tempat Nora dilaporkan hilang.

Jumpa mayat wanita kulit putih

Terdahulu, Nora yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU) telah didakwa hilang ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah resort di Seremban. Mereka telah tiba di sana ada 3 Ogos 2019 dan gadis itu hilang pada 4 Ogos yang lepas.

Menerusi satu sumber di Twitter, pihak berkuasa mengesahkan telah menemui satu mayat wanita di kawasan berhampir tempat Nora dilaporkan hilang sebelum ini sekitar jam 4.17 pm tadi.

Cops confirmed a female body was found in the jungle area,where the search for missing Nora Anne Quoirin were https://t.co/cRd2vHvoUu 4.17pm local time here,Nora’s parents were brought to the scene for identification.
”The body is still intact and fair skinned,” state police said pic.twitter.com/aq8IIo8iOt

— Thasha Jayamanogaran 🇲🇾 (@Thashaj) August 13, 2019

Menerusi Tweet tersebut, ahli keluarga Nora telah dibawa ke tempat kejadian bagi proses pengecaman. Mereka dibawa menaiki kereta berwarna hitam memasuki lokasi mayat tersebut ditemui.

Masih belum disahkan

Namun begitu, menerusi Harian Metro, pihak polis beluum mengesahkan lagi kesahihan identiti mayat itu dan hanya memaklumkan penemuan tersebut.

“Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu.”

Sumber : Harian Metro, Thasha Jayamanogaran

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here