Sempena ulang tahun perkahwinan ke-50, pasangan warga emas ini disambut bak pengantin baru

Cukup romantik dan unik sekali, baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai pasangan suami isteri warga emas, menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan mengenakan busana pengantin.

Bagaikan pengantin baru, foto ulang tahun perkahwinan yang ke-50 pasangan Haji Sani dan Hajah Mala yang dimuat naik oleh jurufoto, Cpin Aidil, telah menarik perhatian netizen.

Macam orang baru kahwin…

Walaupun sudah 50 tahun usia perkahwinan, namun lihat sahaja aksi romantis pasangan ini membuatkan mereka kelihatan seperti pengantin baru.

Dengan bertemakan majlis persandingan dengan dihadiri ramai tetamu, ini sekitar foto ulang tahun perkahwinan yang ke-50 pasangan merpati dua sejoli ini…

Kenangan terindah buat kali ke-2…

Bagaikan pengantin baru, rata-rata netizen teruja malah memuji pasangan ini serta keluarga mereka yang masih sporting menyambut ulang tahun perkahwinan yang paling dikatakan sangat sweet.

Sumber : Cpin Aidil

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here