Tangisan isteri iringi pengebumian Syed Danial, netizen mahu nasib mangsa dibela

Hanya juraian air mata yang dapat mengiringi permergian Al Hafiz Syed Muhammad Danial Bin Syed Syakir selepas disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan juga rusuk selepas terlibat dalam pertelagahan dengan seorang lelaki berpunca daripada kemalangan kecil.

Jenazah dikebumikan dengan penuh duka

Mangsa yang sudah pun berkahwin tlah meninggalkan seorang balu dan seorang bayi perempuanya yang baru sahaja berumur 4 bulan. Jenazah Syed Muhammad Danial telah dikebumikan pada hari raya pertama Aidiladha.

Upacara pengebumian jenazah telah dihadiri oleh ramai rakan dan juga saudara-mara yang turut sama berduka serta terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa.

Syed Danial Selamat Dikebumikan

Syed Danial Selamat Dikebumikan #Tragedi Mangsa yang meninggal dunia selepas perselisihan faham akibat kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, petang semalam selamat dikebumikan.Mangsa, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 6, Bukit Mahkota, Selangor.Pengebumian yang selesai jam 4.30 petang tadi turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.Sementara itu, keputusan bedah siasat masih belum didedahkan.#BuletinTV3

Posted by Buletin TV3 on Sunday, August 11, 2019

Suasana sugul di perkarangan masjid

Seorang kenalan keluarga mangsa telah memuat naik beberapa keping gambar semasa jenazah tiba di Masjid At Takwa bagi urusan solat jenazah dan pengebumian.

Rupa rupanya kes viral yg berlaku adalah menantu rkn. I attended arwah's wedding last year…Bergegas saya ke masjid utk…

Posted by Saodah Ismail on Sunday, August 11, 2019

Al-Fatihah buat mangsa

Perkongsian itu telah meruntun hati warganet apabila kelihatan anak dan isteri mangsa memasuki masjid dalam keadaan begitu sedih kerana kehilangan orang tersayang.

Rata-rata warganet telah menurunkan ucapan takziah dan mendoakan agar kes ini dapat diadili dengan sebaiknya dan kematian mangsa dapat dibela.

harap dapat keadilanSemoga rohnya ditempatkan dalam kalangan beriman

Terdahulu, video memaparkan mangsa yang dalam keadaan separuh sedar di bahu jalan telah tersebar dengan menunjukkan seorang lelaki berbangsa Cina disampingnya yang dipercayai adalah suspek utama kes tersebut.

Sumber : Harian Metro, Saodah Ismail

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here