Tersepit dalam lori, nyawa pakcik diselamatkan abang GrabFood

Seorang penghantar makanan dianggap sebagai wira selepas tindakannya menyelamatkan seorang pemandu yang terperangkap dalam sebuah lori terbalik di Boon Lay, Singapura pada Sabtu lalu.

Video rakaman yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Ryan Hiroshi kelihatan ‘rider’ tersebut menarik keluar seorang warga emas lelaki dari dalam lori sebelum menunggu ketibaan ambulans.

Difahamkan pakcik sekitar usia 70-an itu cuba mengelak daripada melanggar lori sampah yang membuat pusingan secara tiba-tiba sebelum lorinya terbalik di tengah jalan raya.

Menurut laporan, penghantar makanan yang dikenalpasti sebagai Muhammad Riau Alfian itu terus mencampakkan telefon bimbit dan beg makanan ke tepi jalan lalu bergegas sejurus kejadian berlaku.

Posting berkenaan menerima hampir 500 perkongsian serta pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji tindakan murni penghantar makanan berusia 28 tahun itu.

Bangga dengan dia!Terbaik! Respek

Perlukan ramai lagi wira macam ni!

Sumber : Ryan Hiroshi , Today Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here