‘Throwback’ membesar bersama lagu Westlife, Konsert The Twenty Tour dibanjiri peminat fanatik

Setelah lapan tahun berlalu, kumpulan Westlife kembali ke Malaysia mengadakan konsert The Twenty Tour khas buat peminat mereka!

Kehadiran mereka amat dinanti-nantikan peminat tanah air. Konsert yang berlangsung pada 8 Ogos lepas telah dihadiri lebih 7,000 peminat di Stadium Melawati, Shah Alam.

Walaupun konsert bermula pada jam 8 malam, namun peminat sudahpun membanjiri pekarangan Stadium Melawati, Shah Alam seawal jam 7 petang lagi, sekaligus membuktikan kumpulan ini masih mendapat tempat nombor 1 di hati peminat.

Tiket sold-out!

Suasana stadium meriah dengan sorakan penonton yang memenuhi stadium. Mana tidaknya, jualan tiket konsert Westlife telah habis dijual (sold-out)!

Disebabkan permintaan yang ramai, Westlife telah mengadakan konsert selama 2 hari di Kuala Lumpur! Konsert dimulakan dengan persembahan lagu hits mereka, ‘Hello, My Love!’ yang dicipta Ed Sheeran, sebelum membawa penonton ke lagu hits mereka ‘Swear it Again’.

Betul2 imbau kembali zaman 90-an!

Persembahan lagu ‘What About Now’, ‘My Love’, ‘When You’re Looking Like That’, ‘Uptown-Girl’ dan ‘If I Let You Go’ benar-benar membawa penonton kembali kepada zaman 90-an.

Selepas persembahan pembukaan pertama, Nicky Bryne sempat mengambil peluang untuk menyoroti kes Nora Anne Quoirin yang hilang beberapa hari lepas di Pantai, Negeri Sembilan. Nicky Bryne menyeru orang awam melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada terlihat mangsa.

Medley Queen!

Mungkin agak mengejutkan bagi peminat Westlife, apabila mereka menyanyikan lagu medley daripada Queen seperti ‘Another One Bites the Dust’, ‘Radio Gaga’, ‘I Want to Break Free’, ‘Somebody to Love’, ‘Don’t Stop Me Now’, ‘We Will Rock You’, dan ‘We Are the Champions’.

Nicky, Shane, Kian dan Mark telah mempersembahan medley lagu Queen dengan penuh bertenaga dan mantap!

Persembahan akustik yang mantap!

Mengakui persembahan selama 1 jam setengah tidak mencukupi untuk mereka menyanyikan semua lagu hits Westlife.

Nicky, Shane, Kian dan Mark telah menyediakan persembahan akustik kepada peminat dengan menyanyikan beberapa lagu hits Westlife antaranya seperti ‘Season in the Sun’.

Suasana stadium juga cukup meriah dengan sorakan daripada peminat, apabila Shane meminta seluruh penonton untuk menyalakan lampu suluh pada telefon bimbit masing-masing, mengiringi nyanyian lagu ‘You Raise Me Up’.

Dendangan lagu ‘Flying Without Wings’ dan ‘World of Our Own’ mengakhiri persembahan terakhir Westlife.

Kelunakan vokal Mark yang merdu telah menambat hati penonton yang kagum apabila Mark menyanyikan lagu tersebut dengan high notes!

View this post on Instagram

Thank you KL night 1 🇲🇾👌🏻🎶❤️

A post shared by Shane Filan (@shanefilanofficial) on

Malam persembahan yang cukup mengagumkan dan memberi memori indah kepada peminat Westlife. Pastinya konsert Westlife The Twenty Tour akan terus diingat buat semua penonton, nyanyian lagu-lagu hits Westlife mengimbau kembali kenangan membesar bersama lagu mereka.

Berikut adalah senarai lagu di konsert Westlife’s The Twenty Tour:

  1. Swear It Again (Intro)
  2. Hello My Love
  3. Swear It Again
  4. What About Now
  5. My Love
  6. When You’re Looking Like That
  7. Uptown Girl (Billy Joel cover)
  8. If I Let You Go
  9. Better Man
  10. Queen Medley – “Another One Bites the Dust” / “Radio Gaga” / “I Want to Break Free” / “Somebody to Love” / “Don’t Stop Me Now” / “We Will Rock You” / “We Are the Champions”
  11. “I Have a Dream”
  12. “Unbreakable”
  13. “Fool Again”
  14. “Queen of My Heart”
  15. “Dynamite”
  16. “You Raise Me Up”
  17. “Flying Without Wings” (encore)

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here