Tolong suapkan makanan & pakaikan kasut, dua sahabat OKU ini sentuh jiwa ramai

Bukan senang hendak mencari kawan yang sanggup susah senang bersama, namun hubungan yang dikatakan sahabat sejati ini masih wujud dalam kalangan kita.

Seperti kisah persahabatan dua pelajar istimewa daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu Mohd Hafiz Adnan, 15, dan Aliffuddin Saipudin, 16, telah menarik perhatian warganet.

Kisah dua sahabat baik ini mula tular selepas guru mereka, Ahmad Fariza, memuat naik beberapa keping foto mereka di laman Facebooknya.

Ada rasa sayang dalam persahabatan mereka

Menurut Ahmad Farizan, dua pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang, mula akrab sejak mereka belajar dalam kelas yang sama.

Mohd Hafiz mempunyai masalah pembelajaran, manakala Aliffuddin OKU kategori sindrom down sejak lahir, sering dilihat bersama, sama ada di dalam kelas atau pun di luar bilik darjah.

Tolong suapkan, tunggu siap pakai kasut…

Lebih mengharukan, guru tersebut berkata, Mohd Hafiz sentiasa bantu membantu, jika dilihat gambar yang dirakam, Mohd Hafiz dilihat menyuap makanan ke mulut Aliffuddin.

Malah, Mohd Hafiz dilihat beberapa kali menolong Aliffuddin memakai kasut, mengangkat beg dan boleh dikatakan setiap hari dia akan menghantar sahabatnya itu ke kereta selepas habis sesi persekolahan.

Bagi Ahmad Farizan, persahabatan yang terjalin antara dua pelajar istimewa ini membuatkan dia berasa tersentuh. Meskipun, Aliffuddin tidak mampu bercakap tetapi dapat dilihat mereka berkomunikasi dengan cara tersendiri.

Dua pelajar ini dilahirkan dengan kekurangan, namun kekurangan mereka ini telah mengajar kita erti kehidupan dan persahabatan yang sejati.

Sumber : Ahmad Farizan & Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here